Skip to main content

Alat Kemahiran Berfikir

         😇Pelbagai alat kemahiran berfikir telah diperkenalkan kepada masyarakat umum bermula sejak daripada zaman 1970-an sehingga sekarang. Kesemua alat-alat berfikir ini mempunyai  ciri-cirinya yang unik dan tersendiri. Oleh itu, saya akan menjelaskan tiga daripada alat berfikir iaitu Peta I-Think, Peta Minda dan Peta grafik. 



1) Peta I-Think💖

Peta I-think ini telah diperkenal oleh Kementerian Pendidikan pada 2012 kepada guru serta murid. Peta I-think mempunyai 8 bentuk yang tetap iaitu Peta Bulatan, Peta Buih, Peta Buih Berganda, Peta Pokok, Peta Dakap, Peta Alir, Peta Pelbagai Alir dan Peta Titi. 

2) Peta Minda💞

Peta Minda mula dikenali ramai sekita tahun 1970an oleh seorang penulis buku iaitu Tony Buzan. Peta Minda ialah sejenis rajah yang dilukis untuk meringkaskan maklumat dan idea. Peta Minda tidak mempunyai bentuk yang tetap seperti I-think.



3) Pengurusan grafik💘

Pengurusan grafik ialah suatu lakaran atau ilustrasi. Cara untuk membuatnya bergantung kepada situasi, tujuan dan perhubungan dengan aspek lain. Terdapat beberapa jenis pengurusan grafik seperti banding beza, mengkategori, membuat keputusan, menyelesaikan masalah, menjana idea dan fishbone cause and effect. 










Comments

Popular posts from this blog

Selamat Datang

Blog ini mengandungi maklumat berkaitan kerja khusus kemahiran belajar yang ditawarkan kepada pelajar PPISMP.