Skip to main content

Kebaikan Peta Minda

🙌Pada pandangan saya, daripada ketiga-tiga alat berfikir yang saya pelajari, saya memilih peta minda oleh sebab perkara-perkara tertentu yang saya akan jelaskan.🙌 
➸ Fleksibiliti

Saya berpendapat bahawa peta minda sangat fleksible disebabkan oleh kebebasan untuk melakarnya. Peta minda tidak mempunyai bentuk yang tetap. Saya hanya perlu meletakkan idea utama saya di tengah-tengah peta tersebut dan alirkannnya atau kembangkanya kepada huraianya. Hal ini dapat dibuktikan dengan gambar di atas. 



➸ Menarik

Bentuk peta minda sangat menarik. Hal ini kerana peta minda mempunya bentuk yang bervariasi serta perlbagai warna. Kedua-dua aspek tersebut memainkan peranan penting dalam menimbulkan rasa minat saya untuk belajar. 



➸ Mudah untuk mengingati 

Dengan menggunakan peta minda, saya lebih mudah mengingati fakta-fakta dan huraian-huraian yang rumit. Peta minda meringkaskan apa yang saya pelajari untuk memastikan proses penghafalan berjalan lancar.



➸ Fokus kepada isu sebenar

Selain itu peta minda hanya memfokuskan saya kepada isu sebenar sahaja. Oleh itu, saya tidak perlu menghafal perkara perkara yang tidak penting. Hal ini juga meningkatkan proses pembelajaran saya. 

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Datang

Blog ini mengandungi maklumat berkaitan kerja khusus kemahiran belajar yang ditawarkan kepada pelajar PPISMP.